muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang
dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah
berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang
kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang
pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka?
Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang
tidak berkemampuan namun mahu terus
berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan
tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah
berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan
kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya
ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.
Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema
tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai
bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila
lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke
awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.
Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu
adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu
bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips
ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh.
Mari saya terangkan bagaimana.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu
"3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang
boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan
kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh
kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami
antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap
daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan
yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu
mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.
Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting
sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan
kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba
elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika
ingin selamat, buang segala ego demi
mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan -
Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama
lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah
kewangan mungkin menyebabkan keretakan
rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini
mampu menaikkan dan memulihkan kembali
semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang
boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta
dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu
bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras,
pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan
Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik
akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu
datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak
semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang
ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen
ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam
remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-
benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh
kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan
tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si
perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi
menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang
tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan
disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin
dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan
perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa.
Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi.
Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan
bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin
adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta
sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta"
tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M"
diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh
supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut
Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak.
Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan
membahagiakan hidup anda di dunia maupun
akhirat.
Oleh Kamis, April 04, 2013 |
0
komentar
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar